PM dibenarkan keluar hospital selepas jalani pembedahan

12 Ogos 2026, 2:41 PM
PM dibenarkan keluar hospital selepas jalani pembedahan

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang ke kediamannya petang tadi selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memuat naik gambar beliau sedang membaca buku dengan kapsyen “Alhamdulillah, back home”, yang menggambarkan beliau telah kembali di rumah.

Terdahulu, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata Anwar dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menjalani rawatan.

Pada Isnin, Anwar dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) dan berada dalam pemantauan rapi pasukan pakar perubatan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.