Rakyat Malaysia meninggal dunia ketika transit di Lapangan Terbang Bangkok

12 Ogos 2026, 10:45 AM
Rakyat Malaysia meninggal dunia ketika transit di Lapangan Terbang Bangkok

BANGKOK, 12 OGOS: Seorang rakyat Malaysia yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hokkaido, Jepun, meninggal dunia ketika transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada Isnin lepas.

Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, lelaki berusia 53 tahun dari Kedah itu disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada 10 Ogos pukul 12.26 tengah malam.

Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata mangsa mengalami serangan jantung ketika transit di Bangkok.

“Mangsa telah dibawa ke hospital di Bangkok sebelum sijil kematian dikeluarkan, yang mengesahkan beliau meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga yang turut menaiki penerbangan sama,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Wan Zaidi menjelaskan bahawa bedah siasat tidak diwajibkan di Thailand sekiranya ahli keluarga mangsa meminta supaya prosedur itu tidak dijalankan.

Beliau berkata semua proses dokumentasi telah selesai pada petang semalam dengan bantuan pihak kedutaan sebelum jenazah dibawa pulang melalui jalan darat ke Bukit Kayu Hitam.

Wan Zaidi berkata jenazah tiba di Malaysia kira-kira 10 pagi tadi (Rabu).

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.