PM mohon maaf tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat RCI Tabung Haji

11 Ogos 2026, 2:26 AM
PM mohon maaf tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat RCI Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji hari ini.

Setiausaha Akhbar Kanan beliau Tunku Nashrul Abaidah dalam kenyataan memaklumkan Perdana Menteri yang sedang menjalani rawatan mendoakan persidangan berjalan lancar.

“Beliau akan mengikuti perbahasan secara dekat demi memastikan amanah institusi umat Islam ini terus dipelihara,” katanya.

Beliau berkata keadaan kesihatan Perdana Menteri semakin baik dan akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan.

Tunku Nashrul berkata Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau serta atas ingatan dan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-79 semalam.

Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook semalam memaklumkan Anwar selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia).

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.