KAJANG, 10 OGOS: Dataran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) @ Stadium Kajang ditutup sementara bermula hari ini hingga 26 Ogos bagi tujuan pembaikan.
MPKj menerusi Facebook berkata, penutupan sementara itu bagi pelaksanaan kerja pembaikan dan persediaan penganjuran sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor.
MPKj meminta orang ramai mengambil maklum tentang penutupan tersebut dan tidak mengadakan sebarang aktiviti sepanjang tempoh berkenaan.
"Sebarang kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak amat diharapkan serta dihargai," kata kenyataan itu lagi.







