AGENSI

Kencing tikus, Taman Eko Rimba Sungai Tekala ditutup sementara lima hari

26 Ogos 2024, 2:10 AM
Kencing tikus, Taman Eko Rimba Sungai Tekala ditutup sementara lima hari

SHAH ALAM, 26 OGOS: Taman Eko Rimba Sungai Tekala di Semenyih ditutup sementara kepada pengunjung bermula hari ini berikutan dikesan positif Leptospirosis atau kencing tikus.

Arahan penutupan sehingga 30 Ogos ini dikeluarkan Pengarah Perhutanan Negeri Selangor Azhar Ahmad menerusi infografik yang dikongsi di Facebook Jabatan Perhutanan Selangor.

"Pemakluman penutupan sementara bagi Taman Eko Rimba Sungai Tekala kepada semua pengunjung bermula 26 hingga 30 Ogos 2024. Harap maklum," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.