MOF nafi beri SARA RM100 sempena Hari Kebangsaan

5 Ogos 2026, 12:24 PM
MOF nafi beri SARA RM100 sempena Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA, 5 OGOS: Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menafikan dakwaan tular bahawa semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekali beri sempena Hari Kebangsaan.

MOF dalam hantaran di media sosial memaklumkan poster yang mendakwa perkara itu adalah palsu dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan poster berkenaan.

“Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai pemberian SARA seperti yang didakwa dalam poster berkenaan.

"Orang ramai disaran untuk sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat," menurut hantaran itu.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.