Lelaki lumpuh akibat jangkitan kuman pada otak dibantu Zakat Selangor

4 Ogos 2026, 3:08 AM
Lelaki lumpuh akibat jangkitan kuman pada otak dibantu Zakat Selangor

SHAH ALAM, 4 OGOS: Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menghulurkan bantuan kepada Muhammad Azmi, 24, yang lumpuh akibat jangkitan kuman pada otak, termasuk mendaftarkannya sebagai asnaf bagi meringankan beban hidup yang ditanggung.

Azmi yang baharu setahun mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Darasia, kini terlantar dan memerlukan penjagaan sepenuh masa selepas diserang jangkitan berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook, Zakat Selangor berkata Skuad Saidina Umar (SSU) menziarahi pasangan itu susulan aduan orang awam bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum menilai bentuk bantuan yang bersesuaian.

"Hasil lawatan tersebut, Muhammad Azmi didaftarkan sebagai asnaf Zakat Selangor dan turut menerima bantuan kecemasan bagi memenuhi keperluan segera keluarga," katanya.

Menurut Zakat Selangor, pasangan itu turut akan menerima Bantuan Perubatan, Bantuan Kewangan Bulanan serta Bantuan Sewa Rumah bagi meringankan beban yang ditanggung.

Katanya, pihaknya akan terus membantu golongan yang memerlukan menerusi pelbagai bentuk bantuan hasil sumbangan zakat yang disalurkan oleh para pembayar zakat.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.