PGA gagalkan cubaan seludup benih kelapa sawit bernilai RM90,000

2 Ogos 2026, 7:34 AM
PGA gagalkan cubaan seludup benih kelapa sawit bernilai RM90,000

SHAH ALAM, 2 OGOS: Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup 24,000 biji benih kelapa sawit bernilai kira-kira RM96,000 di kawasan berhampiran pangkalan haram Tebu, Kampung Lubok Gong, Pasir Mas, Kelantan semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata menerusi Ops Taring Wawasan yang dijalankan kira-kira 8.30 pagi itu, sepasukan anggota Batalion 7 PGA menahan sebuah Proton Iswara Aeroback yang dipandu seorang lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan menemukan 24,000 biji benih kelapa sawit yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand. Suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan barang yang dibawa sebelum ditahan untuk tindakan lanjut.

"Turut dirampas ialah sebuah Proton Iswara Aeroback dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM100,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak sebagai penghantar dengan menerima upah sebanyak RM150 bagi membawa benih kelapa sawit itu ke Thailand melalui pangkalan haram di Lubok Gong.

"Kes diserahkan kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Kota Bharu untuk siasatan lanjut mengikut Akta Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia 1998 serta peraturan berkaitan pelesenan," katanya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.