Penunggang motosikal maut dalam perjalanan ke program RXZ Members 8.0

1 Ogos 2026, 7:33 AM
Penunggang motosikal maut dalam perjalanan ke program RXZ Members 8.0

CHUKAI, 1 OGOS: Seorang pekerja di sebuah restoran makanan segera maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 258.6, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Razi Rosli berkata kejadian berlaku pada 6.30 pagi ketika mangsa Muhammad Shahrul Mohd Sabri, 20, dari Kuala Lumpur bersama enam penunggang motosikal lain dalam perjalanan ke program RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu.

Beliau berkata mangsa yang cedera parah di kepala serta kedua-dua belah kaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan lalu bergesel dengan penghadang jalan sebelah kanan sebelum mangsa tercampak ke dalam longkang konkrit di antara penghadang jalan tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Razi berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.