Polis trafik cedera dirempuh penunggang motosikal elak sekatan

29 Apr 2026, 7:20 AM
Polis trafik cedera dirempuh penunggang motosikal elak sekatan

SHAH ALAM, 29 APRIL: Anggota polis trafik cedera di bahagian kepala dan muka selepas dirempuh penunggang motosikal ketika menjalankan sekatan jalan raya di Persiaran Raja Muda Musa, Klang dekat sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata dalam kejadian 1.30 pagi itu, suspek lelaki warga tempatan yang menunggang motosikal bersama pembonceng wanita, juga warga tempatan, dipercayai bertindak demikian bagi mengelak daripada pemeriksaan polis.

“Impak rempuhan menyebabkan anggota polis terbabit tercampak dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka, manakala penunggang dan pembonceng motosikal hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kedua-dua suspek ditahan dan permohonan reman diperoleh hingga 29 April bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 186 dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.