Guru wanita ditemukan meninggal dunia di sekolah Hulu Selangor

1 Ogos 2026, 1:46 AM
Guru wanita ditemukan meninggal dunia di sekolah Hulu Selangor

SHAH ALAM, 1 OGOS: Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan M Manimaran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 kira-kira jam 7.15 pagi semalam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, mangsa yang juga seorang guru dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan.

"Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam 8.20 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa ditemui di bilik guru yang terletak di tingkat satu sekolah berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat ke atas mayat mangsa selesai dijalankan jam 5.30 petang di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor bagi membantu siasatan," katanya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.