Populasi Jepun jatuh bawah 120 juta buat kali pertama dalam 42 tahun

29 Jul 2026, 9:30 AM
Populasi Jepun jatuh bawah 120 juta buat kali pertama dalam 42 tahun

TOKYO, 29 JULAI: Populasi Jepun turun di bawah 120 juta buat pertama kali dalam tempoh 42 tahun kepada 119,736,483 orang pada awal tahun ini, menurut kerajaan pada Rabu, sekali gus menyerlahkan cabaran yang dihadapi negara itu dalam menangani kadar kelahiran yang semakin merosot.

Angka setakat 1 Januari 2026 itu menunjukkan penurunan sebanyak 917,000 orang berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, sekali gus mencatatkan penyusutan terbesar sejak data seumpamanya mula direkodkan pada 1968, lapor Kyodo News yang memetik data Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi.

Sementara itu, jumlah penduduk asing meningkat sebanyak 354,000 orang kepada rekod 4,031,159 orang. Kementerian itu mula mengumpulkan data berkaitan pada 2013.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.