Kain terkena pendawaian elektrik punca kebakaran Stesen Komuter Mid Valley

27 Jul 2026, 3:20 PM
Kain terkena pendawaian elektrik punca kebakaran Stesen Komuter Mid Valley

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kain yang terjatuh di atas pendawaian elektrik dipercayai menjadi punca kebakaran kecil membabitkan bumbung aluminium di Stesen Komuter Mid Valley, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.43 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Zakaria Shaari berkata siasatan awal mendapati kain berkenaan terbakar selepas terkena pendawaian elektrik sebelum api merebak ke bumbung aluminium stesen, lapor Berita Harian.

"Ketika bomba tiba, api telah padam dengan sendiri. Tiada mangsa dilaporkan dan kebakaran tidak menyebabkan kerosakan pada struktur bangunan," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, gambar dan video kejadian tular di media sosial selepas orang awam berkongsi rakaman kebakaran kecil di bumbung stesen berkenaan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.