EXCO: 2,306 kes babit kanak-kanak direkod dalam tempoh enam bulan

27 Jul 2026, 1:00 PM
EXCO: 2,306 kes babit kanak-kanak direkod dalam tempoh enam bulan
EXCO: 2,306 kes babit kanak-kanak direkod dalam tempoh enam bulan

SHAH ALAM, 27 JULAI: Sebanyak 2,306 kes membabitkan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, pemeliharaan dan pemulihan direkodkan di Selangor dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Sehubungan itu, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari menggesa masyarakat lebih peka terhadap isu penderaan, pengabaian dan buli kanak-kanak, selain memanfaatkan Talian Kasih 15999 untuk mendapatkan bantuan.

Beliau berkata talian berkenaan boleh menjadi penyelamat kepada kanak-kanak yang berdepan situasi berisiko.

"Bagi seorang kanak-kanak yang berdepan penderaan, pengabaian atau buli, Talian Kasih 15999 mungkin menjadi langkah pertama untuk mendapatkan bantuan.

"Di sebalik 2,306 kes yang direkodkan di Selangor bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, ada anak-anak yang memerlukan perhatian, perlindungan dan sokongan daripada kita semua," katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Anfaal menghadiri Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak Selangor 2026 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Program itu menghimpunkan 255 pelajar sekolah menengah agama di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS).

Menurutnya, pendedahan mengenai hak kanak-kanak, keselamatan diri dan penggunaan internet secara selamat penting supaya mereka berani melaporkan sebarang bentuk penderaan atau ancaman.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menjayakan program berkenaan.

"Saya berharap usaha seperti ini terus diperluaskan supaya anak-anak tahu hak mereka, berani bersuara dan tahu ke mana harus mendapatkan bantuan," katanya.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.