Suami tunggang motosikal secara berbahaya bawa isteri, anak ditahan polis

23 Jul 2026, 2:24 AM
Suami tunggang motosikal secara berbahaya bawa isteri, anak ditahan polis

ALOR SETAR, 23 JULAI: Lelaki yang tular di media sosial kerana menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi “wheelie” sambil membawa isteri dan anak perempuannya yang berumur empat tahun ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai operator kilang itu ditahan di pekarangan Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar jam 3.40 petang.

Beliau berkata seorang pegawai polis telah membuat laporan selepas mengesan video berdurasi 17 saat yang dimuat naik di media sosial memaparkan aksi suspek di Lebuhraya Darul Aman berhampiran Dataran Bandar di sini.

“Susulan laporan itu, lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan. Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 28 Mac lepas ketika suspek dalam perjalanan keluar makan malam bersama keluarganya,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Syed Basri juga berkata lelaki itu direman sehari dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.