Trump ugut bom infrastruktur Iran jika kapal di Hormuz diserang lagi

23 Jul 2026, 12:00 AM
Trump ugut bom infrastruktur Iran jika kapal di Hormuz diserang lagi

ISTANBUL, 23 JULAI: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata Washington akan mengebom sebuah jambatan atau loji jana kuasa di Iran setiap kali Tehran menyerang sebuah kapal dagang di Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Bermula dari saat ini, setiap kali Republik Islam Iran melepaskan tembakan ke arah sebuah kapal di Selat Hormuz, sama ada menggunakan peluru berpandu, roket, dron atau apa jua peranti atau senjata lain, AS akan mengebom dan memusnahkan SATU JAMBATAN ATAU LOJI JANA KUASA, termasuk yang terletak berhampiran atau di dalam ibu negara, Tehran," kata Trump menerusi platform Truth Social.

AS melancarkan beberapa siri serangan di seluruh Iran sejak minggu lepas manakala Tehran membalas dengan melancarkan serangan yang menyasarkan kemudahan dan pangkalan yang didakwanya digunakan oleh tentera AS di beberapa negara di rantau berkenaan.

Kedua-dua pihak saling berbalas serangan meskipun AS dan Iran menandatangani perjanjian rangka kerja yang diusahakan Pakistan pada Jun bagi menamatkan perang yang bermula pada Februari serta membuka laluan ke arah perjanjian damai yang berkekalan.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.