MB tinjau bilik operasi Bernama bagi liputan PRN Negeri Sembilan

20 Jul 2026, 8:03 AM
MB tinjau bilik operasi Bernama bagi liputan PRN Negeri Sembilan

SEREMBAN, 20 JULAI: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari hari ini meluangkan masa meninjau Pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Negeri Sembilan yang menjadi bilik operasi bagi liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, agensi itu.

Amirudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (HARAPAN) tiba di pejabat Bernama pada 2 petang dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin serta Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak, Ketua Biro Negeri Sembilan Nursyabiha Sukri serta pengurusan tertinggi agensi itu.

Amirudin diberikan taklimat daripada Editor Penyelaras Liputan PRN Negeri Sembilan Mohd Hisham Abdul Rafar berhubung operasi liputan berita Bernama sepanjang PRN yang kini memasuki hari ketiga tempoh berkempen.

Beliau turut dijadual mengadakan sesi rakaman temu bual khas bersama Bernama TV berkaitan perkembangan pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai manakala hari mengundi pada 1 Ogos ini.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.