Messi titip pesanan emosi menjelang final Piala Dunia

19 Jul 2026, 9:52 AM
Messi titip pesanan emosi menjelang final Piala Dunia

NEW YORK, 19 JULAI: Kapten Argentina Lionel Messi memberi penghormatan kepada skuadnya serta pencapaian yang diraih sejak beberapa tahun kebelakangan ini menerusi hantaran penuh emosi di Instagram, beberapa jam sebelum final Piala Dunia menentang Sepanyol, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

“Apa juga yang berlaku esok, kumpulan ini sudah mencipta sejarah yang tidak akan kami lupakan dan tidak dapat dipadamkan oleh sesiapa. Ayuh Argentina,” tulis pemain berusia 39 tahun itu berserta foto yang memaparkan barisan pemain, jurulatih dan kakitangan sokongan pasukan Argentina.

Final Piala Dunia pada Ahad di East Rutherford, berhampiran New York, menemukan juara bertahan Argentina dengan juara Eropah, Sepanyol.

Generasi pemain Argentina ketika ini turut menjuarai Copa América pada 2021 dan 2024.

Sebelum kejayaan itu, Messi gagal meraih sebarang kejuaraan dalam 16 tahun pertamanya bersama skuad kebangsaan.

“Perkara terbaik sepanjang tempoh ini bukan sekadar kejuaraan, tetapi keseluruhan perjalanan yang dilalui.

“Kami menjalani kehidupan seharian bersama kumpulan ini, bersaing sebagai satu pasukan, bangkit daripada saat-saat sukar dan menikmati setiap langkah sepanjang perjalanan,” tulis pemenang Ballon d’Or lapan kali itu.

“Terima kasih kepada setiap rakan sepasukan, barisan kejurulatihan dan semua yang bekerja setiap hari untuk memastikan skuad kebangsaan ini terus menjadi sebuah keluarga,” katanya.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.