Paras air meningkat, empat sungai di Selangor lepasi tahap amaran

18 Jul 2026, 2:10 PM
Paras air meningkat, empat sungai di Selangor lepasi tahap amaran
Paras air meningkat, empat sungai di Selangor lepasi tahap amaran

SHAH ALAM, 18 JULAI: Sebanyak empat stesen pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan paras air sungai melebihi tahap amaran setakat 8.15 malam ini.

Berdasarkan data menerusi portal PublicInfo Banjir stesen terbabit ialah Sungai Bakul di Kampung Budiman, Petaling; Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning, Klang dan Tugu Keris, Klang; serta Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang.

Menurut portal itu, tahap amaran menunjukkan paras air sungai menghampiri aras banjir dan penduduk di kawasan terlibat disaran bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diperlukan.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial turut berkongsi situasi banjir di beberapa kawasan di sekitar Shah Alam, selain memaklumkan siren amaran banjir dibunyikan petang tadi.

Seorang pengguna Threads, @azleee77, memaklumkan siren amaran pertama dibunyikan pada 5.45 petang sebelum bertukar kepada siren bahaya pada 6.40 petang.

"Siren pertama (amaran) dibunyikan pada 5.45 petang, manakala pengumuman bertukar kepada siren bahaya pada 6.40 petang," katanya.

Seorang lagi pengguna Threads, @miazays, berkongsi keadaan banjir di sekitar Central i-City, Shah Alam yang memperlihatkan paras air meningkat di kawasan berkenaan.

Setakat ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) belum mengesahkan situasi banjir di kawasan berkenaan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.