Ekonomi Malaysia tumbuh 5.8 peratus, bukti daya tahan hadapi cabaran global - PM

17 Jul 2026, 1:49 PM
Ekonomi Malaysia tumbuh 5.8 peratus, bukti daya tahan hadapi cabaran global - PM
Ekonomi Malaysia tumbuh 5.8 peratus, bukti daya tahan hadapi cabaran global - PM
Ekonomi Malaysia tumbuh 5.8 peratus, bukti daya tahan hadapi cabaran global - PM

SHAH ALAM, 17 JULAI: Ekonomi Malaysia berkembang 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini, meningkat 5.4 peratus berbanding suku sebelumnya berdasarkan anggaran awal Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Prestasi itu turut mengatasi unjuran median ahli ekonomi sebanyak 5.2 peratus, sekali gus mencerminkan daya tahan ekonomi negara meskipun berdepan ketidaktentuan global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pencapaian itu membuktikan reformasi dan dasar yang dilaksanakan Kerajaan MADANI sejak lebih tiga tahun lalu berjaya memperkukuh asas ekonomi negar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto BERNAMA

“Ekonomi negara terus menunjukkan daya tahan meskipun dunia berdepan keberantakan geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan perdagangan.

“Reformasi serta dasar yang dilaksanakan Kerajaan MADANI sejak lebih tiga tahun lalu telah memperkukuh asas ekonomi negara dan membolehkan Malaysia mendepani gelora ini dengan lebih yakin,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pertumbuhan itu dipacu prestasi kukuh sektor perlombongan yang berkembang 10.2 peratus, diikuti pembuatan (7.5 peratus) dan pembinaan (6.6 peratus).

“Pertumbuhan cemerlang ini berjaya memintas prestasi awal Singapura pada 5.7 peratus dan China (4.3 peratus),” katanya.

Beliau berkata pencapaian itu mengukuhkan tekad kerajaan untuk meneruskan agenda reformasi, memperkasa daya tahan ekonomi serta mengimbangi pertumbuhan, kesejahteraan rakyat dan tanggungjawab fiskal.

“Kerajaan MADANI akan terus bekerja lebih kuat bagi memastikan kekuatan ekonomi ini diterjemahkan kepada lebih banyak pekerjaan berkualiti, peningkatan pendapatan serta kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah buat seluruh rakyat, Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan hampir semua sektor ekonomi mencatat pertumbuhan pada suku kedua kecuali sektor pertanian yang merekodkan penyusutan.

Menurut DOSM, ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus bagi separuh pertama 2026 berbanding 4.5 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.

"Secara keseluruhan, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada 5.6 peratus bagi separuh tahun pertama 2026 berbanding 4.5 peratus pada tempoh sama tahun lalu," katanya menerusi kenyataan Anggaran KDNK Awalan Suku Kedua yang diterbitkan hari ini.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.