Tiada kompromi isu keselamatan murid di sekolah, tegas Fadhlina

16 Jul 2026, 2:02 PM
Tiada kompromi isu keselamatan murid di sekolah, tegas Fadhlina

KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Isu keselamatan sekolah yang semakin kompleks memerlukan pendekatan strategik dan komitmen menyeluruh semua pihak bagi mewujudkan ekosistem persekolahan yang selamat.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata keutamaan ketika ini ialah membina keyakinan masyarakat bahawa setiap murid sentiasa dilindungi dalam ekosistem sekolah yang selamat, sambil menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang perkara yang mengganggu-gugat keselamatan fizikal mahupun emosi anak-anak.

Beliau berkata garis panduan keselamatan dan dasar perlindungan kanak-kanak perlu dijadikan panduan dan dipatuhi sepenuhnya di semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan.

Pada masa sama, Fadhlina berkata tumpuan perlu turut diberikan kepada usaha menangani isu kesihatan mental.

“Seruan saya kepada ibu bapa dan warga pendidik yang hadir pada Program Mutiara Diri hari ini adalah untuk kita bersama-sama meningkatkan sinergi bagi mewujudkan ekosistem sekolah yang selamat untuk semua.

“Anak-anak berhak untuk berada dalam persekitaran yang selamat, bermaruah dan sejahtera,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata program itu, yang turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, bukan sekadar program biasa sebaliknya adalah pendekatan advokasi yang signifikan dalam mendepani isu keselamatan murid di sekolah.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.