Pemandu maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Bukit Naga

16 Jul 2026, 10:27 AM
Pemandu maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Bukit Naga

SHAH ALAM, 16 JULAI: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), lori dan treler di persimpangan Jalan Bukit Naga dan Jalan Bukit Kemuning di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Sarudin Samah berkata, kejadian kira-kira jam 10 pagi itu melibatkan sebuah MPV jenis Isuzu D-Max, sebuah lori dan sebuah treler.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila MPV yang dipandu lelaki berusia 31 tahun dari arah Klang membelok ke kanan memasuki Jalan Bukit Naga sebelum bertembung dengan lori yang dipandu lelaki berusia 61 tahun dari arah Bukit Naga menuju ke Jalan Bukit Kemuning.

"Perlanggaran itu menyebabkan MPV berlanggar dengan sebuah treler dari arah bertentangan.

"Pemandu MPV disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam, Inspektor Nur Iqmal Maisarah Azman di talian 017-2836851.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.