SHAH ALAM, 16 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di enam negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 6 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Perak ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.
Di Kelantan, amaran melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai, manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.
Di Pahang pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah Tanah Tinggi Cameron dan Raub.
Bagi Johor, amaran melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Kapit, Bintulu (Sebauh), Miri dan Limbang.
Sementara itu di Sabah, amaran dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman meliputi Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, selain Pantai Barat, Sandakan (Sandakan) serta Kudat.
Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/j) yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.
"Amaran ribut petir ialah amaran cuaca jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya.
Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengurangkan aktiviti luar serta mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.






