KUALA PILAH, 14 JULAI: Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun diumumkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, yang berlangsung pada 1 Ogos ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Negeri Sembilan itu sebelum ini adalah penyandang kerusi DUN Sikamat selama empat penggal sejak 2008.
Turut diumumkan bertanding ialah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, dengan mengekalkan DUN Chennah yang disandang sejak 2013.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Perdana Menteri pada majlis pengumuman calon gabungan berkenaan pada PRN Negeri Sembilan, yang dihadiri barisan kepimpinan tertinggi dan ribuan penyokong.
Turut hadir Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengarah Komunikasi HARAPAN Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Pengarah Pilihan Raya HARAPAN Dato’ Seri Amirudin Shari.
Berikut senarai penuh 36 calon HARAPAN bagi PRN Negeri Sembilan:
N.01 Chennah - Loke Siew Fook
N.02 Pertang - Mohd Umry Abdul Khois
N.03 Sungai Lui - Zainal Fikri Abd Kadir
N.04 Klawang - Datuk Bakri Sawir
N.05 Serting - Yaacob Mahmood
N.06 Palong - Muhammad Zahin Zainal Abidin
N.07 Jeram Padang - Manivanan Gown
N.08 Bahau - Teo Kok Seong
N.09 Lenggeng - Zarinna Abu Zarin
N.10 Nilai - J Arul Kumar
N.11 Lobak - Chew Seh Yong
N.12 Temiang - Ho Weng Wah
N.13 Sikamat - Nor Azman Mohamad
N.14 Ampangan - Datuk Muhammad Nazri Kassim
N.15 Juasseh - Mohd Aidil Abdullah
N.16 Seri Menanti - Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa
N.17 Senaling - Mohd Hanis Mohd Alimin
N.18 Pilah - Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim
N.19 Johol - Mohd Zailan Mohd Munawar
N.20 Labu - Ahmad Faez Abdul Razak
N.21 Bukit Kepayang - Nicol Tan Lee Koon
N.22 Rahang - Siau Meow Kong
N.23 Mambau - Lee Kai Yet
N.24 Seremban Jaya - S Mugunthan
N.25 Paroi - Ahmad Shahir Mohd Shah
N.26 Chembong - Danish Nazran Murad
N.27 Rantau - Dr Azizul Hakim Mahdi
N.28 Kota - Muhammad Allif Ibrahim
N.29 Chuah - Yew Boon Lye
N.30 Lukut - Choo Ken Hwa
N.31 Bagan Pinang - Nasir Raman
N.32 Linggi - Datuk Seri Aminuddin Harun
N.33 Sri Tanjung - Dr G Rajassekaran
N.34 Gemas - Siti Aishah Seman Othman
N.35 Gemencheh - Abd Latif A Tambi
N.36 Repah - S Veerapan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon diikuti 28 Julai sebagai hari mengundi awal dan hari mengundi pada 1 Ogos.







