Dewan Rakyat lulus RUU Profesion Kerja Sosial 2026

14 Jul 2026, 3:01 PM
Dewan Rakyat lulus RUU Profesion Kerja Sosial 2026

SHAH ALAM, 14 JULAI: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial 2026 selepas lebih sedekad usaha merangka kerangka perundangan bagi memperkukuh profesionalisme bidang itu.

RUU yang dibawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata RUU berkenaan akan mengawal selia pengamal, pelatih dan perkhidmatan kerja sosial di negara ini.

"Pendaftaran di bawah akta ini diwajibkan kepada semua individu di sektor swasta yang mengamalkan kerja sosial, termasuk di bawah badan bukan kerajaan (NGO), organisasi berasaskan komuniti, syarikat korporat dan secara persendirian," katanya ketika menggulung perbahasan RUU tersebut di Dewan Rakyat, hari ini.

Nancy berkata, kewajipan itu turut melibatkan pegawai awam yang menjalankan kerja sosial di luar tugas rasmi kerajaan, tertakluk kepada kebenaran ketua jabatan.

Menurut beliau, RUU berkenaan turut memastikan standard kompetensi pekerja sosial dalam sektor awam setara dengan pengamal kerja sosial berdaftar.

Katanya, pegawai awam yang dilatih dalam sektor kerajaan memiliki kelayakan akademik, pengalaman dan latihan yang sewajarnya bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerja sosial memenuhi standard profesional.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.