AS lancar serangan ke atas sasaran Iran dekat Selat Hormuz

13 Jul 2026, 1:46 AM
AS lancar serangan ke atas sasaran Iran dekat Selat Hormuz

ISTANBUL, 13 JULAI: Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas sasaran ketenteraan Iran berhampiran Selat Hormuz pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi memetik Axios.

Seorang pegawai AS, Barak Ravid menerusi platform media sosial X, berkata serangan itu menyasarkan sistem peluru berpandu dan pertahanan udara, selain bot-bot kecil milik Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).

Beliau berkata serangan berkenaan dilancarkan di beberapa lokasi sekitar laluan perairan strategik itu kira-kira sejam sebelum pegawai berkenaan memberikan maklumat terbabit.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh tentera AS atau pihak berkuasa Iran berhubung serangan yang dilaporkan itu.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.