Menelusuri cerita di sebalik bingkai

28 Jun 2026, 9:50 AM
Menelusuri cerita di sebalik bingkai

Setiap orang melangkah ke pameran fotografi dengan rasa ingin tahu. Ada yang sekadar memerhati, ada yang mengambil masa menghayati setiap karya yang dipamerkan.

Foto esei ini merakam perjalanan pengunjung menelusuri ruang pameran, daripada satu bingkai ke satu bingkai yang lain. Setiap karya bukan sahaja menjadi tatapan, malah mencetuskan pelbagai emosi, renungan dan tafsiran yang berbeza kepada setiap pengunjung.

Jurufoto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH merakam perjalanan pengunjung menghayati pameran fotografi dan dokumentari pada 27 Jun 2026.

Setiap langkah membawa pengunjung ke dalam pelbagai kisah yang dirakam daripada sudut berbeza.

Tanpa kata-kata, setiap karya mengundang pemerhatian dan tafsiran tersendiri, membolehkan pengunjung membina hubungan sendiri dengan kisah yang dipaparkan.

Melalui sesi "Kongsi Cerita", pengalaman di lapangan dikongsikan secara langsung.

Perbualan antara kurator dan pengunjung membuka ruang kepada pelbagai tafsiran.

Ketua Pengarah Penyiaran Ashwad Ismail ketika lawatan kuratorial semasa pameran Fotografi Kewartawanan dan Dokumentari di Muzium Telekomunikasi Negara, Kuala Lumpur

Karya Mohd Khairul Helmy bertajuk Tahfiz Istana di turut dipamerkan semasa pameran Fotografi Kewartawanan dan Dokumentari di Muzium Telekomunikasi Negara, Kuala Lumpur

Jurugambar Media Selangor Harun Tajudin bersama karyanya bertajuk Warisan Pak Tai Terus Hidup semasa pameran Fotografi Kewartawanan dan Dokumentari di Muzium Telekomunikasi Negara, Kuala Lumpur

Kategorigaleri

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.