Pusat kitar semula pandu lalu bakal diperluas ke 18 kampung Orang Asli

27 Jun 2026, 12:28 PM
Pusat kitar semula pandu lalu bakal diperluas ke 18 kampung Orang Asli
Pusat kitar semula pandu lalu bakal diperluas ke 18 kampung Orang Asli
Pusat kitar semula pandu lalu bakal diperluas ke 18 kampung Orang Asli
Pusat kitar semula pandu lalu bakal diperluas ke 18 kampung Orang Asli

HULU SELANGOR, 27 JUN: Projek pusat kitar semula pandu lalu pertama di Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak akan dipantau sekurang-kurangnya selama enam bulan sebelum diperluaskan ke 18 lagi kampung Orang Asli di seluruh negara.

Setiausaha Nex Urban Lab Universiti Malaya, Muhammad Adam Ali Muhammad Najib, berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) bagi memastikan pusat berkenaan beroperasi dengan lancar, termasuk mengurus aspek pentadbiran sepanjang tempoh pemantauan.

Katanya, pasukan Nex Urban Lab yang dianggotai tujuh anggota akan memantau operasi pusat itu secara berterusan bagi memastikan inisiatif berkenaan dapat dikekalkan dalam jangka panjang.

Setiausaha Nex Urban Lab Universiti Malaya, Muhammad Adam Ali Muhammad Najib.

"Kita akan sentiasa berkomunikasi dengan Ketua Kampung JPKKOA, Encik Mizan, dan pasukan kami akan memantau pusat kitar semula ini sekurang-kurangnya selama enam bulan. Kami juga akan menguruskan kerja-kerja pentadbiran bagi memastikan operasinya berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata projek itu menjadi penanda aras kerana merupakan pusat kitar semula pandu lalu pertama di Malaysia yang melibatkan komuniti Orang Asli, walaupun ketika ini terdapat 169 pusat kitar semula pandu lalu di seluruh negara.

"Ini menjadi penanda aras kepada kami kerana ia adalah yang pertama membabitkan komuniti Orang Asli. Selepas ini, kami sudah mengenal pasti 18 lagi kampung Orang Asli untuk melaksanakan inisiatif yang sama," katanya.

Muhammad Adam berkata pihaknya turut merancang memperluaskan program kesedaran dengan melibatkan kira-kira 130 pelajar sekolah berasrama berhampiran serta lima sekolah sekitar Kuala Kubu Bharu bagi memupuk budaya kitar semula sejak usia muda.

Menurutnya, usaha itu penting bagi membentuk amalan yang berterusan dalam kalangan generasi muda, sekali gus memperkukuh budaya menjaga alam sekitar.

Beliau berkata projek berkenaan bukan sahaja meningkatkan kebersihan persekitaran, malah membangunkan ekonomi kitaran yang mampu menjana pendapatan komuniti setempat.

“Inisiatif ini juga diharap dapat membantu memelihara kebersihan sungai di sekitar Kuala Kubu Bharu sekali gus meningkatkan kualiti hidup penduduk,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.