Unit pangsapuri di Seri Kembangan musnah terbakar

26 Jun 2026, 8:58 AM
Unit pangsapuri di Seri Kembangan musnah terbakar

SHAH ALAM, 27 JUN: Sebuah unit pangsapuri di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan musnah dalam kebakaran yang berlaku tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.12 tengah hari.

"Seramai 15 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan serta bantuan BBP Cyberjaya bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh tujuh kilometer," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah unit pangsapuri lima tingkat.

"Kemusnahan dianggarkan 80 peratus, kita berjaya mengawal kebakaran pada jam 12.37 tengah hari sebelum api dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.05 petang," katanya.

Beliau bagaimanapun memaklumkan tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.