KPM laksana advokasi tiga akta, perkukuh perlindungan murid

26 Jun 2026, 1:30 AM
KPM laksana advokasi tiga akta, perkukuh perlindungan murid

KUALA LUMPUR, 26 JUN: Advokasi bagi Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Antibuli 2026 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 akan dilaksanakan melibatkan seluruh warga pendidikan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata perkara itu dipersetujui ketika beliau menerima kunjungan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diwakili Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak Dr Farah Nini Dusuki dan Dr Mohd Al Adib Samuri serta pasukan hari ini.

“Pada kesempatan ini, kami membincangkan isu-isu berbangkit, termasuk yang terkait dengan salah laku buli dan gangguan seksual serta langkah-langkah untuk menanganinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fadhlina berkata ruang kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan SUHAKAM perlu diperkukuhkan bagi meningkatkan kesedaran di semua peringkat, sekali gus menjamin ekosistem pendidikan selamat untuk anak-anak.

“Soal hak dan kebajikan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan. Tiada kompromi,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.