Dua maut, lima cedera kemalangan di Lenggong

25 Jun 2026, 1:09 PM
Dua maut, lima cedera kemalangan di Lenggong

IPOH, 25 JUN: Dua maut manakala lima wanita cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berhampiran Restoran Tasik Raban dekat Lenggong petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Zuraida Abu Bakar, 47, penumpang belakang yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Odyssey manakala Melvindar Singh Gamum Singh, 41, ialah pemandu Toyota Vios.

Sabarodzi berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 4.57 petang.

“Kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sabarodzi berkata mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata operasi tamat sepenuhnya pada 6.12 petang.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.