Amaran ribut petir empat daerah di Selangor hingga 6 petang

25 Jun 2026, 7:08 AM
Amaran ribut petir empat daerah di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 25 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan empat daerah di Selangor sehingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan daerah terlibat ialah Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran sama turut melibatkan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain Selangor, cuaca buruk itu dijangka melanda beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor serta beberapa bahagian di Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

"Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," menurut agensi itu.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.