Zakat Selangor kemas kini status empat bantuan, semak menerusi EZO

23 Jun 2026, 11:00 AM
Zakat Selangor kemas kini status empat bantuan, semak menerusi  EZO

SHAH ALAM, 23 JUN: Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) mengemas kini status serta senarai penerima bagi empat bantuan untuk tempoh Julai 2026 hingga Jun 2027 yang kini boleh disemak menerusi aplikasi EZakat Online (EZO).

Zakat Selangor memaklumkan bantuan terlibat ialah Bantuan Kewangan, Bantuan Sewa Rumah, Bantuan Makanan Bulanan yang ditukar kepada bantuan tunai serta Bantuan Dialisis.

Menurut agensi itu, asnaf berdaftar sedia ada boleh menyemak status penyambungan bantuan masing-masing secara terus melalui aplikasi berkenaan.

“Semoga penyambungan bantuan ini dapat memberikan sedikit kelegaan dan membantu para penerima meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan teratur,” katanya menerusi Facebook.

Zakat Selangor turut menggalakkan penerima menghubungi agensi itu sekiranya status bantuan masih belum dipaparkan atau terdapat maklumat yang perlu dikemas kini.

“Maklumat yang tepat dapat membantu kami menyampaikan bantuan kepada yang berhak dengan lebih lancar dan berkesan,” katanya.

EZakat Online diperkenalkan secara rasmi pada 2015 bagi memudahkan pengguna menyemak akaun, mencetak penyata dan membuat pembayaran zakat secara dalam talian.

Platform itu kemudiannya dinaik taraf secara berperingkat selaras dengan perkembangan teknologi digital bagi meningkatkan kemudahan kepada pembayar zakat dan penerima manfaat.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.