Bahasa Inggeris mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Untuk memperoleh keputusan cemerlang, pelajar perlu menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Jurulatih Utama Negeri Selangor Khaizuri Khalifah berkongsi strategi pembelajaran dan teknik menjawab dalam peperiksaan.
Beliau yang juga guru bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam berkongsi rahsia skor A bagi mata pelajaran tersebut.
Kertas 1: Reading & Use of English
Apakah teknik menjawab soalan pemahaman supaya tidak tersilap tafsir kehendak soalan?
Kenal pasti kata kunci dalam soalan
Kenal pasti jenis soalan; literal, inferens atau kosa kata dalam konteks
Gunakan teknik membaca secara imbasan dan pencarian maklumat khusus – Jangan baca setiap patah perkataan dalam teks secara terlalu teliti
Padankan bukti – setiap jawapan perlu ada bukti daripada teks
Bagaimanakah cara mengurangkan kesilapan bagi bahagian soalan jawapan pendek?
Jawapan perlu ringkas tapi tepat
Ambil jawapan dari teks, ubah suai jika perlu
Pastikan ejaan tepat – ambil jawapan dari teks elak salah ejaan
Jangan tambah maklumat yang tidak diminta atau tiada dalam teks
Semak kata kunci – kalau soalan ‘Why’ jawapan mesti sebab. Kalau ‘How’ jawapan mesti cara
Apakah strategi berkesan untuk menjawab soalan teks rumpang dan padanan pelbagai maklumat?
a. Teks rumpang:
Baca teks dahulu untuk faham aliran idea
Perhati penanda wacana: However, Therefore, Meanwhile, In contrast
Cari petunjuk rujukan: He, She, This, These, Such
Pastikan ayat yang dipilih melengkapkan logik perenggan, bukan sekadar nampak betul
b. Padanan pelbagai maklumat:
Baca soalan dulu, bukan teks
Highlight kata kunci setiap item
Gunakan teknik penyingkiran jawapan – buang pilihan yang salah
Jangan baca teks secara linear, baca mengikut soalan
Bagaimana memperbaiki penguasaan tatabahasa untuk bahagian Use of English?
Kuasai 5 topik wajib iaitu kala, kesesuaian subjek dan kata kerja, kata sandang, kata sendi nama serta struktur ayat (mudah, majmuk dan kompleks)
Latihan tatabahasa setiap hari
Baca teks berkualiti (artikel, laporan, berita) untuk memahami tatabahasa dalam konteks
Kertas 2: Writing
Format wajib untuk karangan?
a. E-mel: Kepada/Daripada/Subjek, salam pembuka, pengenalan, dua hingga tiga perenggan isi, serta penutup dan tandatangan
b. E-mel rasmi: Kepada/Daripada/Subjek, sapaan, perenggan tujuan, perenggan isi, serta penutup dan tandatangan formal
c. Laporan: Tajuk, pengenalan, subtajuk, dapatan, cadangan dan kesimpulan
d. Ulasan: Tajuk, pengenalan (item dan pandangan umum), penerangan produk, penilaian/pengalaman peribadi/pendapat, serta cadangan
e. Artikel: Tajuk, pendahuluan menarik, perenggan isi, serta kesimpulan/seruan tindakan
Pendahuluan dan penutup yang matang dan menepati aras tinggi (CEFR)?
Pendahuluan matang
Gunakan teknik soalan / petikan kata-kata / anekdot / pernyataan umum / fakta
Elakkan ayat klise seperti I am writing this essay to…
Nyatakan tujuan karangan dengan jelas
Penutup matang
Rumuskan idea utama
Berikan refleksi / impak
Tutup dengan nada yang yakin dan profesional
Bagaimana memastikan karangan penuhi kriteria
Kandungan: Pastikan semua isi kandungan dijawab dan idea yang relevan serta dikembangkan
Pencapaian komunikasi: Format/ Genre yang tepat, nada yang sesuai (formal/ tidak formal), mesej yang jelas dan berkesan. Mudah difahami dan releven
Pengolahan: Perenggan yang jelas, penanda wacana yang tepat dan pelbagai, aliran idea logik dan penggunaan tanda baca yang sesuai.
Bahasa: Penggunaan tatabahasa yang tepat, kosa kata yang pelbagai, kemampuan menggunakan kosa kata berfrekuensi rendah, serta kepelbagaian struktur ayat seperti ayat mudah, majmuk dan kompleks
Karangan ideal dan idea tidak lari daripada tajuk?
Bahagian 1: E-mel: 80 – 100 patah perkataan Bahagian 2: Penulisan Berpandukan (125 – 150 perkataan) dan Bahagian 3: Penulisan Lanjutan (200 -250 perkataan)
Tidak digalakkan untuk mengira patah perkataan. Cuma pastikan jangan tulis melebihi ruangan yang disediakan
Gunakan ruangan disediakan sebagai panduan
Gunakan PEEL untuk kekalkan fokus: Point, Elaboration, Example, Link back to topic
Kertas 3: Listening
Bagaimana cara elak kesilapan ejaan yang boleh menyebabkan kehilangan markah?
Latihan ejaan perkataan lazim (nama, tempat dan nombor)
Semak semasa audio berhenti
Jika ragu, gunakan ejaan yang paling standard
Kertas 4: Speaking
Ciri-ciri jawapan yang dinilai tinggi dalam ujian bertutur?
Lancar dan natural
Idea matang dan relevan
Kosa kata pelbagai
Tatabahasa konsisten
Sebutan jelas
Interaksi aktif (terutama untuk Bahagian 2 & 3)
Bagaimanakah cara menjawab soalan secara spontan tanpa terlalu banyak jeda atau pengulangan?
Gunakan frasa penanda pertuturan akademik seperti Well, from my perspective…, One key point to consider is… atau Let me think for a moment…
Hafal pola ayat untuk setiap topik
Latih bercakap satu minit setiap hari
Jangan kejar kesempurnaan — fokus pada kelancaran dahulu
Contoh soalan topik popular yang sering keluar dalam ujian bertutur?
Media sosial dan teknologi, kesihatan dan gaya hidup, alam sekitar, pendidikan dan kehidupan sekolah, hobi dan masa lapang, pelancongan dan budaya, isu komuniti, serta perancangan dan cita-cita masa depan
Komponen utama pemarkahan bahasa Inggeris untuk dapat A
a. Penguasaan bahasa (tatabahasa & perbendaharaan kata)
Penggunaan tatabahasa yang konsisten dan tepat
Kepelbagaian kosa kata yang luas dan sesuai konteks
Penggunaan penanda wacana yang mantap
b. Pencapaian komunikasi
Menjawab mengikut genre, format, dan tujuan
Nada dan gaya bahasa yang tepat (formal/ informal)
Kejelasan mesej dan keberkesanan komunikasi
c. Kandungan
Menjawab semua kehendak tugasan
Idea relevan, matang, dan dikembangkan dengan baik
Tiada isi yang tersasar atau tidak berkaitan
d. Pengolahan
Struktur jelas: pembukaan, perkembangan idea, penutup
Perenggan tersusun dan logik
Penggunaan penanda wacana yang tepat







