Polis kesan lelaki berpakaian ala tentera dalam video tular

23 Jun 2026, 2:34 AM
Polis kesan lelaki berpakaian ala tentera dalam video tular

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Polis sedang mengesan seorang lelaki berpakaian menyerupai pasukan keselamatan dan memiliki senjata dipercayai tiruan seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ibrahim Husin dalam kenyataan hari ini berkata kejadian dipercayai berlaku di sekitar Taman Bukit Desa, Kepong, Selangor.

Beliau berkata polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Insp S Prakash di talian 012-2940827 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-6126222 atau hadir di balai polis berhampiran.

Tular di media sosial video berdurasi kira-kira 15 saat memaparkan seorang lelaki yang memakai pakaian berwarna hijau seperti tentera berjalan di kawasan perumahan sambil membawa raifal.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.