Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa

21 Jun 2026, 1:11 AM
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR, 21 JUN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa buat seluruh insan yang bergelar bapa.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah bapa adalah sumber kekuatan sesebuah keluarga serta pembimbing yang mencorakkan masa depan anak-anak.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan bimbingan bapa yang amat bernilai.

Biarpun jarang dizahirkan dengan kata-kata, Seri Paduka Baginda bertitah jasa serta kasih seorang bapa tetap abadi dalam hati.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melimpahkan rahmat-Nya ke atas Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Idris Shah II,” titah Seri Paduka Baginda.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.