SHAH ALAM, 1 JAN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar tahun baharu ini membawa kesejahteraan, kemakmuran serta keberkatan berterusan kepada negara.
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut menyeru rakyat agar terus memperkukuh perpaduan, saling menghormati dan memelihara keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum demi kestabilan serta kemajuan Malaysia.
“Seri Paduka Baginda turut berdoa agar Malaysia sentiasa dilindungi Allah SWT serta dikurniakan keamanan, kemajuan dan kesejahteraan yang berpanjangan,” menurut hantaran berkenaan.





