Iran umum tutup Selat Hormuz, dakwa AS mungkiri perjanjian

21 Jun 2026, 12:27 AM
Iran umum tutup Selat Hormuz, dakwa AS mungkiri perjanjian

ISTANBUL, 21 JUN: Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya Iran mengumumkan pada Sabtu bahawa Selat Hormuz "akan ditutup" ekoran tindakan Amerika Syarikat (AS) yang didakwa melanggar komitmen, selain pelanggaran gencatan senjata yang berterusan oleh Israel di selatan Lubnan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik saluran penyiaran tempatan.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh media rasmi Press TV, ibu pejabat itu memaklumkan bahawa keputusan berkenaan dibuat susulan tindakan AS yang "jelas memungkiri janji dan melanggar komitmennya" melalui kegagalan melaksanakan Fasal 1 Memorandum Persefahaman yang ditandatangani minggu lepas bagi menamatkan perang.

Kenyataan itu turut memetik "pelanggaran gencatan senjata secara berterusan oleh rejim Israel di selatan Lubnan" serta kegagalan pasukan pendudukan Israel untuk berundur dari wilayah selatan Lubnan.

"Dengan ini diisytiharkan bahawa Selat berkenaan akan ditutup kepada laluan semua kapal," menurut kenyataan itu.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.