Kanak-kanak lapan tahun hilang di Sungai Ganggarak ditemukan lemas

18 Jun 2026, 10:30 AM
Kanak-kanak lapan tahun hilang di Sungai Ganggarak ditemukan lemas

LABUAN, 18 JUN: Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang hilang di Sungai Ganggarak Permai, petang semalam, ditemukan lemas hari ini.

Mayat Putra Faris Suhaimi ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat pada 3.30 petang kira-kira 50 meter dari lokasi selipar dipercayai miliknya dijumpai semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Abdul Rahman Ali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.36 petang semalam, seterusnya segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sebanyak 14 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Layangan digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi SAR dengan dibantu anggota polis, Pasukan Bomba Komuniti Atas Air Tanjung Aru, Jabatan Hidupan Liar serta penduduk setempat,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata operasi SAR itu melibatkan penggunaan bot kecil dan bot besar bagi menyusuri kawasan sungai manakala Jabatan Hidupan Liar turut membantu menilai keadaan persekitaran sungai termasuk kemungkinan kehadiran buaya dan risiko lain yang boleh menjejaskan operasi.

Mayat katanya dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.