SHAH ALAM, 17 JUN: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai memukul dan mengugut seorang individu dengan menunjukkan objek menyerupai pistol di sebuah kedai makan di Desa Sri Puteri, Cheras, pada 9 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian dilaporkan berlaku jam 11.05 pagi dan membabitkan suspek berusia 31 tahun.
"Ketika kejadian, suspek bertindak memukul dan mengugut individu terbabit dengan menunjukkan objek menyerupai pistol.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini, lapor Harian Metro.
Beliau berkata, setakat ini kes masih dalam siasatan.







