AGENDA

Mayat lelaki ditemukan terlungkup dalam tangki air

4 Feb 2025, 11:20 PM
Mayat lelaki ditemukan terlungkup dalam tangki air

IPOH, 5 FEB: Mayat lelaki dijumpai dalam sebuah tangki simpanan air di pelantar P5 Sungai Pinang Besar dekat Pulau Pangkor, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang semalam.

"Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.

"Pemeriksaan oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

Hasbullah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi Balai Polis Pangkor atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 atau WhatsApp 014-6828005.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.