Enam lembu mati dibaham harimau, peneroka FELDA rugi lebih RM6,000

16 Jun 2026, 12:01 AM
Enam lembu mati dibaham harimau, peneroka FELDA rugi lebih RM6,000

SHAH ALAM, 16 JUN: Peneroka FELDA kerugian lebih RM6,000 selepas enam ekor lembu miliknya ditemukan mati dipercayai dibaham seekor harimau di Ladang Sungai Mok, Rompin pada 13 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata kejadian itu disedari peneroka berusia 60 tahun itu ketika melakukan pemantauan di kawasan ladang berkenaan kira-kira jam 8 pagi.

Menurutnya, enam lembu baka Brahman milik mangsa ditemukan mati dengan kesan gigitan pada bahagian leher haiwan terbabit.

Katanya, peneroka itu mengesyaki serangan dilakukan harimau selepas menemui kesan tapak kaki yang dipercayai milik haiwan berkenaan di lokasi kejadian.

“Peneroka mengesyaki lembu itu dibaham harimau kerana terdapat kesan tapak kaki dipercayai haiwan terbabit. Kejadian ini berlaku tiga hari berturut-turut sehingga semalam.

“Jumlah kerugian dianggarkan RM6,300,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan ladang Sungai Mok yang terletak di daerah Rompin, Pahang.

Susulan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kuala Rompin.

Sharif Shai berkata laporan berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk siasatan dan tindakan susulan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.