Tukar minyak hitam percuma: Inisiatif DUN Lembah Jaya ringan beban pekerja p-panggilan

15 Jun 2026, 5:52 AM
Tukar minyak hitam percuma: Inisiatif DUN Lembah Jaya ringan beban pekerja p-panggilan

SHAH ALAM, 15 JUN: Program tukar minyak hitam percuma khusus untuk pekerja p-panggilan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya membantu mengurangkan beban kos penyelenggaraan motosikal yang menjadi sumber pendapatan harian mereka.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman berkata lebih 100 pekerja p-panggilan menerima manfaat daripada inisiatif yang julung kali dianjurkan itu.

“Penggunaan motosikal yang tinggi menyebabkan mereka perlu menukar minyak hitam dan melakukan penyelenggaraan lebih kerap berbanding pengguna biasa, sekali gus meningkatkan kos operasi harian mereka.

“Kita mulakan dengan sasaran 100 motosikal. Alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan dan jumlah kehadiran melebihi sasaran,” katanya kepada Media Selangor.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman bergambar dengan sebahagian pekerja p-panggilan yang menyertai program tukar minyak hitam percuma anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lembah Jaya pada 13 Jun 2026. Foto Facebook YBAltimet

Beliau berkata pihaknya akan meneliti kemungkinan meneruskan inisiatif tersebut pada masa hadapan susulan sambutan hangat yang diterima.

“Terima kasih kepada semua penunggang motosikal yang hadir seawal pagi dan sabar menunggu giliran masing-masing. Mungkin selepas ini kita boleh adakan program ini dengan lebih kerap atau dalam skala yang lebih besar.

“Insya-Allah, kita akan terus membawa lebih banyak program yang memberi manfaat kepada penduduk DUN Lembah Jaya dari semasa ke semasa,” katanya.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.