60 anak yatim, asnaf pilih baju raya sendiri, Lembah Jaya agih 700 baucar Aidilfitri

17 Mac 2026, 3:38 PM
60 anak yatim, asnaf pilih baju raya sendiri, Lembah Jaya agih 700 baucar Aidilfitri
60 anak yatim, asnaf pilih baju raya sendiri, Lembah Jaya agih 700 baucar Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 17 MAC: Keterujaan jelas terpancar di wajah 60 anak yatim dan asnaf apabila berpeluang memilih sendiri pakaian baharu sempena Aidilfitri menerusi program Santuni Kasih Ramadan 2026 yang berlangsung di Taema Bnglw, Ampang, hari ini.

Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad berkata program itu membawa mereka ke pusat tekstil Jakel bagi membeli kelengkapan raya, sekali gus memberi pengalaman bermakna yang jarang dirasai sebahagian daripada mereka.

"Selepas sesi membeli-belah, mereka diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama penganjur sebelum menerima sumbangan duit raya.

“Melihat kegembiraan mereka memilih sendiri pakaian raya adalah sesuatu yang sangat bermakna. Kita mahu mereka rasa dihargai dan tidak terpinggir,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Perkasa serta Weststar atas kerjasama menjayakan program itu.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan sebanyak 700 baucar Jom Shopping telah diagihkan kepada penerima layak di Lembah Jaya sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

“Sebanyak 700 baucar Jom Shopping telah diagihkan kepada penerima layak di Lembah Jaya sebagai persediaan Aidilfitri, bagi memastikan lebih ramai keluarga dapat membuat persiapan tanpa terbeban dengan kos perbelanjaan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.