Empat wanita sesat ketika mendaki Bukit Tunggul, Dengkil

14 Jun 2026, 4:56 AM
Empat wanita sesat ketika mendaki Bukit Tunggul, Dengkil

SHAH ALAM, 14 JUN: Aktiviti pendakian di Bukit Tunggul, Lorong Bahagia Jenderam Hilir dekat Dengkil bertukar cemas apabila empat wanita dilaporkan sesat di kawasan berkenaan pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 10.13 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Seramai empat wanita berusia antara 25 hingga 40-an dipercayai tersesat ketika menjalankan aktiviti pendakian.

"Bagaimanapun mangsa terbabit dapat dihubungi. Ketika ini anggota bomba sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa," katanya seperti dilapor Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata operasi berkenaan membabitkan enam anggota bomba serta sebuah jentera yang diketuai Muhamad Sakirin Selamat.

Setakat ini, usaha mengesan dan membawa keluar semua mangsa sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.