Perobohan penempatan Rohingya di Hulu Langat bermula hari ini

13 Jun 2026, 7:34 AM
Perobohan penempatan Rohingya di Hulu Langat bermula hari ini
Perobohan penempatan Rohingya di Hulu Langat bermula hari ini
Perobohan penempatan Rohingya di Hulu Langat bermula hari ini

SHAH ALAM, 13 JUN: Kerja perobohan struktur bangunan di penempatan komuniti Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat mula dilaksanakan hari ini oleh pemilik tanah berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz berkata proses itu dimulakan dengan merobohkan struktur di Kampung Sungai Makau terlebih dahulu.

Menurutnya, kerja perobohan sedang dilaksanakan oleh pemilik tanah dan kini berada dalam proses pelaksanaan di kawasan terbabit.

“Ia (sama) dengan bangunan seakan ‘flat’ empat tingkat itu, tapi dia (pemilik) tanah buat (perobohan) belakang dahulu,” katanya hari ini, lapor Harian Metro.

Johan berkata kerja perobohan di Kampung Sungai Makau menggunakan sebuah jengkaut bagi meruntuhkan struktur yang dibina di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz bercakap kepada media selepas Program Serahan Sumbangan Bencana Banjir DUN Dusun Tua di IKBN Dusun Tua, Hulu Langat pada 18 Mei 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Bagaimanapun, beliau berpandangan penggunaan sebuah jengkaut sahaja tidak mencukupi untuk mempercepatkan proses perobohan keseluruhan bangunan.

Pada masa sama, beliau memaklumkan peruntukan RM600,000 yang dicadangkan bagi tujuan perobohan masih belum diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

“Kita rancang nak minta pada Kerajaan Negeri tapi belum sempat nak sampai peruntukan ni, pemilik tanah sudah buat sendiri (perobohan).

“Itu yang saya tekankan, pemilik tanah ini kena bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan menjelaskan anggaran RM600,000 bagi merobohkan bangunan seakan ‘flat’ empat tingkat yang dibina secara tidak sah di kawasan terpencil Sungai Tekali bukan datang daripadanya.

Sebaliknya, beliau berkata anggaran kos tersebut merupakan hasil mesyuarat di peringkat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD) yang dipengerusikan Pegawai Daerah Hulu Langat bagi menilai keperluan perobohan struktur berkenaan.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.