Liga Sukan Warga Emas 2026 perkasa gaya hidup aktif

10 Jun 2026, 1:49 PM
Liga Sukan Warga Emas 2026 perkasa gaya hidup aktif

SHAH ALAM, 10 JUN: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor memperkasa gaya hidup aktif warga emas menerusi penganjuran Liga Sukan Warga Emas 2026.

Jabatan itu memaklumkan liga berkenaan dianjurkan bagi menggalakkan semangat kesukanan serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas.

“Khas buat semua warga emas di negeri ini kami mempelawa untuk menyertai Liga Sukan Warga Emas Peringkat Selangor 2026 dengan tujuan menggalakkan semangat kesukanan, memberi kesedaran gaya hidup sihat,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut jabatan itu, penganjuran liga tersebut juga merupakan platform untuk memperkasa penglibatan warga emas dalam aktiviti sukan di samping membudayakan kehidupan aktif dan produktif dalam komuniti.

Tiga acara dipertandingkan dalam liga berkenaan iaitu petanque, boling dan dart yang dibuka kepada kategori lelaki dan wanita.

Pertandingan petanque akan berlangsung pada 21 Jun di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah.

Acara boling dan dart pula dijadual berlangsung pada 27 Jun di Ampang Superbowl, Summit USJ.

Juara akan menerima wang tunai RM500 berserta medal, manakala naib juara membawa pulang RM300 dan medal.

Pemenang tempat ketiga dan keempat pula masing-masing menerima RM200 serta RM100 berserta medal.

Penyertaan adalah percuma dan dihadkan kepada 60 peserta terawal bagi setiap acara.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.