AS bakal isytihar 'kemenangan mutlak' ke atas Iran, kata Trump

9 Jun 2026, 12:34 AM
AS bakal isytihar 'kemenangan mutlak' ke atas Iran, kata Trump

WASHINGTON, 9 JUN: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata AS akan mengisytiharkan “kemenangan mutlak” ke atas Iran dalam tempoh dua minggu akan datang, hanya beberapa jam selepas Iran dan Israel bersetuju menghentikan peningkatan keganasan paling buruk sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada April, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami adalah pasukan yang sangat tegas, dan saya fikir kami sedang memenangi pertempuran itu, tetapi anda benar-benar akan memenanginya dalam tempoh dua minggu akan datang apabila kami mengisytiharkan kemenangan mutlak,” kata Trump ketika berucap pada telesidang kempen Senator Lindsey Graham, sekutu rapatnya daripada Parti Republikan.

“Ia akan menjadi kemenangan mutlak. Ia akan berlaku tidak lama lagi, dan harga minyak akan turun mendadak,” katanya.

Terdahulu pada Isnin, Iran mengumumkan penamatan serangannya terhadap Israel, namun memberi amaran akan bertindak balas sekiranya operasi ketenteraan Israel di Lubnan diteruskan.

Tentera Iran berkata Israel dan sekutunya “sepatutnya telah mengambil pengajaran” daripada tindak balas Tehran.

Ketegangan serantau meningkat pada Ahad apabila Israel mengebom ibu negara Lubnan, Beirut, meskipun gencatan senjata masih berkuat kuasa.

Tindakan itu mendorong Iran melancarkan peluru berpandu balas ke utara Israel, sekali gus mencetuskan beberapa gelombang serangan udara Israel terhadap sasaran Iran.

Trump campur tangan awal Isnin dengan memuat naik hantaran di platform Truth Social miliknya, menggesa Israel dan Iran supaya menghentikan pertempuran “serta-merta”.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.