Dua gempa bumi sederhana landa Filipina, tiada risiko tsunami kepada Malaysia

8 Jun 2026, 12:42 PM
Dua gempa bumi sederhana landa Filipina, tiada risiko tsunami kepada Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Dua gempa bumi sederhana melanda wilayah Mindanao, Filipina dalam tempoh dua jam petang tadi, namun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, gempa terbaharu dengan kekuatan 5.3 pada skala Richter berlaku pada 7.22 malam tadi.

Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 48 kilometer (km) pada jarak 112 km Tenggara dari Koronadal City, Filipina.

Terdahulu, satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter direkodkan berlaku pada 5.17 petang dengan kedalaman 10 km, berpusat di 171 km Barat Laut dari Pulau Talaud, Indonesia.

Setakat ini, sebanyak 15 orang dilaporkan maut dan sekurang-kurangnya 134 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 7.9 magnitud melanda Mindanao pada 7.37 pagi tadi.

-- BERNAMA

TAG: MetMalaysia, gempa bumi, Filipina, Tsunami, bencana

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.