Sze Fei-Nur Izzuddin juara Terbuka Indonesia

7 Jun 2026, 2:12 PM
Sze Fei-Nur Izzuddin juara Terbuka Indonesia

SZE FEI-NUR IZZUDDIN TAMATKAN KEMARAU 18 TAHUN TERBUKA INDONESIA

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Pemain beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia menjuarai acara beregu lelaki di Terbuka Indonesia selepas menumpaskan wakil tuan rumah Raymond Indra-Nikolaus Joaquin, hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, pasangan ranking kelapan dunia itu bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum menewaskan wakil Indonesia itu 13-21, 21-18, 21-10 dalam tempoh 49 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan Malaysia kembali menawan gelaran beregu lelaki kejohanan berprestij bertaraf Super 1000 itu buat kali pertama sejak Zakry Abdul Latif-Fairuzizuan Tazari melakukannya pada edisi 2008.

"Kami bersyukur kerana sekali lagi berjaya meraih kemenangan di Istora Senayan hari ini selepas Indonesia Masters, Januari lepas. Terima kasih kepada pasangan saya serta para penaja atas segala sokongan yang diberikan," kata Sze Fei menerusi rakaman audio yang dikongsi oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Selaku juara dan merangkul gelaran terbesar mereka musim ini, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD107,300 (RM432,365) manakala lawan tuan rumah itu menerima USD50,750 (RM204,533).

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR TERBUKA INDONESIA:

(Nota: tanda [ ] merujuk pemain pilihan kejohanan)

Perseorangan Lelaki:

Victor Lai (CAN) mn [5] Jonatan Christie (INA) 21-19, 21-8

Perseorangan Wanita:

[1] Ang Se Yong (KOR) mn Akane Yamaguchi (JPN) 23-21, 21-12

Beregu Lelaki:

[7] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (MAS) mn Raymond Indra-Nikolaus Joaquin (INA) 13-21, 21-18, 21-10

Beregu Wanita:

[5] Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto (JPN) mn [1] Liu Sheng Shu-Tan Ning (CHN) 21-15, 18-21, 21-18

Beregu Campuran:

[5] Mathias Christiansen-Alexandra Boje (DEN) mn Cheng Xing-Zhang Chi (CHN) 21-19, 23-21

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.